KAWAN....

Tidak kira usia berhati-hatilah jika memilih sahabat. Kerana sahabat, kita bahagia tetapi kerana sahabat juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah dan jauhilah sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak,
dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Walau apa pun..biarlah ikatan persahabat yang kita jalinkan adalah kerana mencari redha Allah SWT semata-mata dan mendapatkan kehidupan yang harmoni dan bahagia. :)



1 comment:

  1. betul..kena pandai pilih kawan..salah berkawan buruk padahnya..

    ReplyDelete